Tuesday, August 18, 2009

Pengurusan Unit Pusat Sumber Sekolah

1. Pengurusan Minit Mesyuarat
  • Mesyuarat unit PSS hendaklah dijalankan 3 kali setahun. (Cadangan : Februari, April , Jun)
  • Mesyuarat hendaklah dihadiri oleh guru penyelaras unit & AJK yang dilantik.
  • Minit mesyuarat hendaklah disertakan dengan notis pemberitahuan & senarai kehadiran ahli .

2. Kecerian Unit PSS

  • Misi / Visi / Moto PSS akan diedarkan kepada setiap penyelaras unit untuk ditampal di unit masing - masing. Dokumen ini perlu ditampal pada bahagian hadapan bilik (bukan pintu bilik)
  • Gambar / carta yang lama / telah pudar warnanya perlu diubah
  • Pastikan unit PSS berada dalam keadaan bersih & tidak berhabuk

3. Pengurusan Unit PSS

  • Penyelaras unit perlu menyediakan :-

* Peraturan penggunaan bilik

* Carta organisasi

* Jadual waktu penggunaan

* Jadual tugas

* Senarai inventori

* Pelan lokasi peralatan di dalam unit

* Brosur

* Pelan kebakaran

  • Unit utama seperti Perpustakaan, Pusat Akses, Makmal Komputer, Makmal Bahasa & SALC akan dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.
  • Kunci untuk setiap unit hendaklah dipegang oleh guru penyelaras / diletakkan di pejabat. Murid / Ketua Pelajar / Pengawas Pusat Sumber / Guru Ganti / Guru Praktikal tidak dibenarkan sama sekali memegang kunci. Sekiranya kunci untuk sesuatu unit hilang, guru penyelaras unit akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar gantirugi yang dituntut oleh pihak pejabat.
  • Guru penyelaras unit perlu memastikan guru - guru lain yang menggunakan unit tersebut merekodkan penggunaan mereka dalam buku rekod penggunaan yang disediakan
  • Sekiranya sesuatu unit mempunyai dua orang guru penyelaras, maka kedua-dua orang guru bertanggungjawab atas unit tersebut, khususnya dari segi pengurusan fail. Murid / AJK unit tidak dibenarkan sama sekali menyimpan fail pengurusan unut bagi pihak guru penyelaras unit.

No comments:

Post a Comment